Friday 2 November 2012

Apa khabar semua?En Sihat harap semua ok.Ok sekarang dah bulan 11.Cepat masa berlalu dan bila sebut bulan november ni adalah musim hujan. Jadi bila masa sejuk ni ramai yang mengalami masalah batuk dan selsema. Batuk dan selsema ni menandakan seseorang mengalami jangkitan. Sistem pertahanan jadi lemah. Jadi kalau selalu batuk kena lah cari ubat batuk kan?Tak kan nak cari ubat gatal pulak hahaha

Ok bila sebut batuk.Apa yang anda rasakan kita boleh gunakan untuk rawatan batuk?Baiklah sebenarnya untuk merawat batuk kita boleh juga gunakan madu. Ya madu adalah ubat bagi penyakit dan ianya telah diwahyukan dalam Al-Quran. Jom tengok

Jadi memang Allah dah janjikan bahawa madu itu penawar. Sebagai orang islam kita perlu cuba gunakan perubatan Islam kerana ianya dapat menghidupkan sunnah. Jadi kalau anda atau anak anda mengalami masalah batuk gunakanlah madu sebagai ubat.

En. Sihat dah banyak kali kan citer pasal madu huhu...tp jangan risau bukan en sihat suruh golongan lelaki bermadu cuma amalkan madu je:) Ok moga semua ceria selalu.

No comments:

Post a Comment